Saturday

Gambar: Di Sekitar Majlis Nikah Ana Raffali & Ahmad Aznaim

Penyanyi Ana Raffali, 26, akhirnya sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor kira-kira pukul 12 tengah hari dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.

Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.

Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM11,412 daripada pihak lelaki.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan, minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.

Manakala pihak lelaki membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.

Ana tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan. sumber mstar.com.my




gambar : Rotikaya.com

tags: ana raffali, pernikahan ana raffali, gambar pernikahan ana raffali

Friday

(Gambar) Bienda Kini Mengandung Dan Hamil Lapan Bulan

Tahniah kami ucapkan kepada Bienda yang sudah pun mengandung dan hamil 8 bulan sejak mendirikan rumah tangga dengan suaminya Kamarul sejak 2 tahun yang lalu. Walaupun begitu Bienda masih merahsiakan jantina anak mereka apabila ditanya oleh pihak wartawan



“Saya dan suami dah buat ujian imbasan (scan) dan kami ada jawapannya. Tapi maaflah, saya belum bersedia nak beritahu. Bukan apa, saya dan suami lebih suka jadikan ia satu kejutan. Biarlah bayi saya lahir dulu. Ketika itu semua orang akan dapat jawapannya bukanlah nak sorok sangat pun,” kata Bienda yang mahu bermain teka teki.

Apple kuasai pasaran telefon pintar dunia

JUALAN telefon pintar di seluruh dunia melonjak kepada 472 juta unit tahun lalu dengan telefon pintar Apple menduduki tempat pertama, ekoran kegilaan terhadap peranti sedemikian pada peringkat global.

Jumlah jualan telefon pintar menguasai 31 peratus daripada keseluruhan jualan peranti mudah alih, meningkat 58 peratus daripada 2010, demikian menurut syarikat penyelidikan dan penasihat teknologi maklumat, Gartner Inc.
Dalam satu kenyataan semalam, Gartner berkata, jualan telefon pintar bagi seluruh dunia melonjak kepada 149 juta unit dalam suku keempat 2011 dan ia adalah peningkatan sebanyak 47.3 peratus daripada suku keempat 2010.
Ia berkata peningkatan jumlah jualan telefon pintar dalam suku berkenaan disebabkan oleh jualan iPhone Apple yang mencatatkan rekod.

“Ekoran itu, Apple menjadi vendor telefon mudah alih ketiga terbesar di dunia, sekali gus memintas LG.

“Sebagai vendor telefon pintar terunggul, Apple menguasai 23.8 peratus agihan pasaran dalam suku keempat 2011, dan vendor telefon pintar terunggul bagi 2011 secara keseluruhannya, dengan agihan pasaran sebanyak 19 peratus,” katanya.

Penganalisis Kanan Gartner, Roberta Cozza, berkata Eropah Barat dan Amerika Utara menerajui sebahagian besar pertumbuhan telefon pintar bagi Apple dalam suku keempat 2011.
“Di Eropah Barat kenaikan jualan iPhone dalam suku keempat menyelamatkan keseluruhan pasaran telefon pintar selepas mengalami jualan lembap dalam dua suku berturut-turut,” katanya.

Cozza berkata LG, Sony Ericsson, Motorola dan Research In Motion (RIM) sekali lagi mencatatkan keputusan yang mengecewakan dan terpaksa berusaha keras untuk meningkatkan jumlah jualan dan keuntungan.

“Vendor ini juga terdedah kepada ancaman yang lebih hebat daripada pasaran telefon pintar berharga sederhana dan rendah apabila ZTE dan Huawei terus menambah penguasaan masing-masing dalam suku berkenaan,” katanya.

Nokia membuktikan keupayaannya untuk melaksanakan dan menawarkan produknya mengikut jadual dengan model barunya, Lumia 710 danLumia 800 telefon bimbit.
Dalam suku keempat 2011, jualan telefon mudah alih Nokia berjumlah 111.7 juta unit, susut 8.7 peratus daripada tahun sebelumnya. – BERNAMA

Malek Noor Nikah Doktor Pakar 12 Mac 2012

Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.

Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.

Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu.

Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang.

“Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan.

Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan.

Kata Malek, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita itu dengan baik sehinggalah timbullah perasaan sayang dalam diri masing-masing.

“Sejak hari itu kami sering memanggil diri kami dengan perkataan “sayang” sehinggalah saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai isteri,” katanya.

Menurut Malek lagi, dia bertambah gembira kerana kelima-lima bakal anak tirinya yang ada di antaranya sudah bekerja dan berumah tangga boleh menerimanya dalam keluarga mereka.

Sementara itu menurut Malek, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.

Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.

Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan.

“Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudah doa-doa saya. Syukur sekali,” katanya.

Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).

Beliau sebelum ini mengaku tidak pernah melakukan ibadat selama 34 tahun tetapi akhirnya mendapat hidayah selepas mendengar azan Maghrib dari masjid KLCC yang terletak berdekatan rumahnya di sebuah kondominium mewah di kawasan terbabit.

sumber: mstar online

tags: malek noor, malek noor nikah, gambar isteri malek noor