Saturday

Permohonan Kemasukan IPTA Lepasan Diploma Sesi 2012/ 2013

Permohonan kemasukan ke IPTA untuk Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan September 2012 bagi program lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan setaraf telah dibuka mulai 9 Januari 2012. Permohonan ini bertujuan bagi calon yang ingin mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama di IPTA.




Kategori Permohonan
Permohonan ke IPTA bagi lepasan Diploma dan setaraf terbahagi kepada 2 kategori iaitu;
  • Kategori E - Pemohon yang menggunakan kelayakan Diploma dan setaraf Aliran Sastera.

  • Kategori F - Pemohon yang menggunakan kelayakan Diploma dan setaraf Aliran Sains.

Syarat Permohonan IPTA bagi Lepasan Diploma dan Setaraf:
  1. Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS.
  2. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2010 atau sebelumnya.
  3. Lulusan Matrikulasi tahun 2010 dan sebelumnya.
  4. Lulusan STAM tahun 2009 dan sebelumnya.
  5. Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar
  6. Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran
  7. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Permohonan IPTA Lepasan Diploma dan Setaraf

Tarikh tutup permohonan pada 2 April 2012.


tags: permohonan kemasukan ipta, kemasukan ipta sesi 2012/2012

Suka Dengan Kami?! Sila Like

Followers