Saturday

GAMBAR MYKAD BARU MULAI 3 JANUARI

JPN mula keluarkan MyKad baru mulai 3 Januari

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said.

Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini.


Katanya orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

"MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

"Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

Beliau berkata MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.


Jariah berkata cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

"JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.

"Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak," katanya. - BERNAMA


PERBEZAAN imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV. Kad pengenalan baru ini ditambah baik dari segi reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan lama, menggunakan teknologi tulisan laser pada permukaan kad dan menggunakan cip baru yang lebih tahan lama. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor. - Foto Effendy Rashid

tags: gambar mykad 2012, gambar mykad baru 2012

Semakan Keputusan Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2012

Semakan Keputusan Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2012


Semakan keputusan permohonan sekolah menengah Tenik ke tingkatan 4 boleh disemak mulai sekarang. Kepada calon PMR 2011 anda boleh membuat semakan melalui butiran yang diberikan dibawah.

Semakan Permohonan KV SMT SMV

Semakan permohonan ke Tingkatan 4 KV, SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.

Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke KV, SMT dan SMV 2012 adalah di http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2012/

Rayuan

Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.

Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

Bagi Adik - adik yang memohon, semoga berjaya semua.

tags: semak keputusan teknik 2012, semakan permohonan smt 2012, semakan teknik 2012

Friday

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA FINAL

VIDEO YOUTUBE MAHARAJA LAWAK MEGA AKHIR


Kini Maharaja Lawak Mega telah’pun sampai kemuncaknya.Malam ini ML Mega akan di’siarkan secara langsung di Astro Warna bersiaran dari Stadium Melawati, Shah Alam jam 10 malam.Pada minggu separuh akhir Kumpulan Pimai tersingkir, manakala empat peserta lagi iaitu kumpulan Boboi, Osbon, Saehu dan Syok mara ke gelanggang akhir (FINAL).

Kepada yang ingin menyaksikan persembahan finalis ML Mega dapatkan Pas Masuk PERCUMA untuk menonton Maharaja Lawak Mega Akhir (Final) akan diedarkan pada 30 Disember 2011,hari ini,Jumaat di Stadium Malawati Shah Alam bermula jam 9.30pagi. Pas-pas adalah terhad. Siapakah diantara Boboi, Osbon, Saehu atau Syok yang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000? Sama-sama kita nantikan


Bagi yang tidak dapat menonton secara langsung,video dan keputusan finalis Maharaja Lawak Mega akan di’masukkan dalam ruangan ini.

Hadiah Maharaja Lawak Mega



Keputusan Undian Terkini


Aaron Aziz Juri Jemputan Maharaja Lawak Mega 2011


Pusingan Pertama Persembahan Maharaja Lawak Mega Akhir

Kumpulan Saehu Part 1


Kumpulan Boboi, Part 2


Kumpulan Osbon, Part 3


Kumpulan Syok, Part 4


Pusingan Kedua Maharaja Lawak Mega Akhir

Kumpulan Saehu, Part 5


Kumpulan Boboi, Part 6


Kumpulan Osbon, Part 7






tags; maharaja lawak mega akhir, video maharaja lawak mega final, video maharaja lawak mega akhir, youtube maharaja lawak mega akhir

Like kami di Facebook!

Tentang Dhia Episode 30 Akhir Full Download

Tentang Dhia Episode 30 Akhir Full Download

Download Tentang Dhia Episod 30 (Akhir) Full Download. Tentang Dhia sudah pun berada di penghujung Episod dan kepada anda yang belum lagi tonton episode akhir, boleh la download kat sini.

Sinopsis Tentang Dhia Episode Akhir


Dhia dapat rambut palsu dari Melly sebagai hadiah hari jadi. Azmi dan Melly berkahwin. Cancer DHia semakan teruk. Dhia masih merahsiakan penyakit cancer kepada Zikir. Semua kegiatan Salmi terbongkar selepas Melly, Azmi dan Raffi bergaduh di rumah Salmi. Dhia diberi pilihan untuk bermadu atau cerai dengan Zikir. Nenek Zikir, Zetty dan Salmi suruh Dhia bagi kata putus. Dhia tak kesah nak bermadu asalkan ZIkir dapat zuriat.

Malam pertama Rose dan Zikir, Rose nervous nak main tapi Zikir tak nak dia lari ke rumah Dhia dan tidur di sana. Keesokan harinya, Rose mengamuk2 sebab Zikir tak nak malam pertama. Rose nak lempang DHia tapi ditolak dan jatuh. Lalu kelengkang Dhia berdarah dan dihantar ke hospital. Baru la penyakit Dhia terbongkar. Semua sedar yang Dhia adalah angle dalam tentang Dhia.

Dhia mati di hadapan ZIkir. Zikir pun mati bersama-sama dengan Dhia berpelukan di atas katil hospital kerana serangan angin ahmar.

Download Episode Akhir Tentang Dhia


Hotfile Link : Full Download


tags: download tentang dhia, full episode tentang dhia download

Sumber: Melvister.com

ZAIN SAIDIN TEMANI ROZITA CHE WAN DAN ANAK-ANAK BERCUTI

Zain Saidin Temani Rozita & Anak-Anak Bercuti





Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, mengakui keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands, Pahang Selasa lalu.

Rozita berkata, percutian sehari itu turut disertai oleh dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy,15, dan Aniq Ezzra,12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.

"Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Rozita diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Zain selepas pihak mStar Online mendapat panggilan telefon daripada beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu yang melihat mereka.

Tambah pelakon Kiah Pekasam ini, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Zain tetapi disebabkan anak-anaknya begitu rapat dengan pelakon tersebut maka adalah lebih baik dia mengajaknya bersama.

Sebagai bukti mereka rapat kata Rozita, pada malam ini (Khamis) anak-anaknya turut keluar bersama Zain untuk bermain futsal.

Sementara itu Zain yang dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung cerita itu sebaliknya dia mengambil pendekatan untuk menghubungi Rozita terlebih dahulu.

“Saya tengah nak main futsal ni. Saya komen yang sama la (seperti Rozita).

Dalam perkembangan lain, Rozita memberitahu jadual kerjayanya agak padat sehingga Ogos tahun hadapan dengan pelbagai tawaran berlakon telefilem dan drama bersiri.


Rozita berkata, dia juga bakal sibuk dengan perniagaan tudungnya, Padusi yang ingin diusahakan secara lebih serius.

"Alhamdulillahlah rezeki mencurah-curah sehingga jadual kerjaya saya telah pun penuh sehingga Ogos depan selain perniagaan tudung yang bakal saya usahakan secara lebih serius," ujarnya.

Tambahnya, ketika ini dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Mr. Labuci arahan Murali Abdullah selain sedang giat dengan drama bersiri Mencari Athirah sebanyak 13 episod.

Via: Mstar.com.my

tags: Zain saidin, rozita che wan, zain saidin dan rozita che wan

Semakan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 di bawah RMKe-10







Sila layari laman sesawang www.moe.gov.my  mulai 16 Januari 2012 untuk menyemak status tawaran bagi mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 di bawah RMKe-10 dan pastikan anda mencetak dokumen tawaran/kelulusan untuk pendaftaran PPG bagi yang berjaya ditawarkan.




tags: semakan program pensiswazahan guru

Thursday

Tonton Ombak Rindu Full Movie Watch Online

Tonton Ombak Rindu Full Movie Watch Online

Jom Menonton tonton online Ombak Rindu Full Movie watch online disini secara free streaming. Seperti yang anda semua tahu, Ombak Rindu adalah filem yang pecah panggung 2011 yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh jutaan penonton. Tanpa lengahkan masa lagi, mari kita tonton filem ombak rindu yang romantik ni. Lakonan hebat Aaron Aziz dan Maya karin bakal menyentuh jiwa anda.




tags: tonton ombak rindu, tonton ombak rindu online, youtube ombak rindu, ombak rindu download

Sila Like kami!!

Gambar Anuar Zain di Singapore Expo

Gambar Anuar Zain di Singapore Expo

Gambar Anuar Zain semasa bertemu mata dengan peminat untuk mempromosikan album di Singapore Expo. Gambar ini dikreditkan atas nama seorang teman Budiey di Facebook, LiZi WaiZer.










via : budiey.com

tags: anuar zain, gambar terbaru anuar zain

GAMBAR COMEL SOPHEA ISABELLA

Gambar Anak Dr. Halina & Sheikh Muszaphar, Sophea Isabella

21 Julai 2011 merupakan tarikh keramat buat Sheikh Muszaphar & Halina apabila mereka menerima kehadiran orang ketiga dalam keluarga bernama, Sophea Isabella. Baby perempuan seberat 3.6kg ini dilahirkan dalam keadaan yang sangat sihat, comel lote gitu.

Tahniah buat Sheikh Muszaphar & Halina & mendoakan semoga Sophea Isabella dapat menjadi insan yang membanggakan seperti ayah & ibunya. Dr Halina pun dah ada Twitter. Kalau anda nak, sila follow Twitter Dr. Halina.











via : Bulanpurnama89
tags: gambar sophea isabella, dr harlina, gambar anak Sheikh Muszaphar & Halina 

Download Filem Ombak Rindu 2011 Full Movie

Ombak Rindu (2011) DVDRip RMVB (304MB)

Info:
Genre: Drama | Romance
Runtime: 125 min
User Rating: 9.1/10 (14 users)
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: None


Plot Movie:
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.


Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.


Download Link Here:
part 1-http://www.mediafire.com/?csdagcpxyc7y5yb

part 2-http://www.mediafire.com/?wxdyb8oqtvvjgcm


special thanks to Norhanisah Harun.

tags: ombak rindu, ombak rindu movie download, ombak rindu full movie download, download filem ombak rindu

Wednesday

Aku Bukan Tomboy (2011) DVDRip

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy Farisa yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.



Di samping mengharungi lamunan percintaan dengan Harry dan Burn, Farisa turut tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan ‘pengkid’ seperti Bell dan Sam. Farisa rupa-rupanya menjadi rebutan kepada Bell dan Sam yang mahu menjalinkan hubungan intim dengannya seperti pasangan bercinta. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang.

Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis Tomboy untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Sememangnya terlalu besar pengorbanan yang dituntut. ‘Aku Bukan TOMBOY’ sebuah filem bergenre komedi romantik bakal menjawab segalanya

Classification: PG13
Genre: Comedy / Romance
General Release Date: 17 Nov 2011
Distributor: Skop Production
Cast: Syamsul Yusof, Scha Al-Yahya, Shaheizy Sam, Eira Syazira, Harun Salim Bachik
Director: Syamsul Yusof

Size: 700MB
Audio Language: Malay
Runtime: 1 hr 33 minutes
Video: XviD @ 853 Kbps
Resolution: 704 x 400 @ 25.000 fps
Audio Format: AC3 CBR @ 192 Kbps @ Stereo @ 48000Hz
Subtitle: NO SUBTITLE

IMDB: none

DOWNLOAD AKU BUKAN TOMBOY FILEM

Reaksi Erra Fazira tentang yusry dan Lisa Surihani

Umum dah tahu yang Erra Fazira adalah bekas isteri kepada Yusry KRU, dari 2003-2005. Memang sudah lama berlalu, dan kini Erra mungkin cukup berbahagia dengan Engku Emran, suaminya yang tercinta. Namun mungkin ramai yang nak tahu apa reaksi Erra terhadap perkahwinan ke-2 Yusry ini. Tapi reaksi ini tidaklah kepada Yusry, namun untuk Lisa Surihani melalui laman sosial, Twitter.



via: izyan.com

GAMBAR YUNA, QI DAN KELUARGA BERCUTI DI EROPAH

GAMBAR YUNA, QI DAN KELUARGA BERCUTI DI EROPAH

Yuna. Nama yang tak perlu dipersoalkan lagi kehebatannya dalam bidang nyanyian. Dan rasanya semua orang tahu yang Yuna dan Qi sedang bercinta. Dan yang terbaru, Yuna dan Qi telah pun pergi bercuti bersama keluarga di Eropah.

Dan sekiranya anda seorang peminat Yuna, pasti anda tidak sabar menanti pelancaran album kedua yang menampilkan single lagu Melayu yang bertajuk “Terukir Di Bintang” pada Januari 2012 kelak. Dengar ceritanya Yuna akan turut memperkenalkan anak didik terbarunya yang akan bernaung di bawah Yuna Room Records. Tak sabar nak tengok buah tangan pertama daripada Yuna ini.









via: Beautifulnara.com

tags: gambar yuna. gambar yuna bercuti, yuna dan qi, gambar yuna dan qi

GAMBAR KHAIRUL FAHMI CHE MAT UNTUK MAJALAH GLAM

Gambar khairul Fahmi untuk cover majalah GLAM

Thursday

Fazley Yaakob Turut Menerima Anugerah Dato’ Daripada Sultan Pahang

Nampaknya bukan AC Mizal dan Eizlan Yusof sahaja yang menerima anugerah Dato’ daripada Sultan Pahang, Fazley Yaakob juga turut mendapat gelaran tersebut. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Semoga dengan gelaran ini, Fazley Yaakob akan lebih tekun dan komited dalam usaha seni dan motivasi yang diceburinya.



Tahniah buat Fazley Yaakob.

Sumber; Beautifulnara.com

Gambar Duit Kertas Baru Malaysia Keluar Pada Julai 2012

Gambar Duit Kertas Baru Malaysia Keluar Pada Julai 2012. Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran. Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.





tags: wang kertas baru malaysia, wang kertas baru 2012, duit kertas baru malaysia 2012 youtube, gambar duit kertas malaysia 2012

Gambar: Bayi Perempuan SM Nasarudin Dan Marion Caunter, Leia Rose

Marion Caunter selamat melahirkan seorang bayi perempuan 16 Disember (Jumaat) yang lalu dan kedua dua pasangan ibu bapa baru ini mengumumkan ‘ketibaan’ bayi mereka di Twitter. Difahamkan yang bayi perempuan mereka ini dinamakan Leia Rose Caunter Nasarudin. Tahniah diucapkan.


tags: gambar baby marion caunter,

Gambar Raptai AC Mizal Dan Eizlan Yusof Dapat Gelaran Dato

Gambar Majlis Raptai Istiadat AC Mizal Dan Eizlan Yusof Dapat Gelaran Dato. Segala gossip mengenai AC Mizal dapat gelaran datuk sudah terjawab dimana AC Mizal betul-betul dah terima anugerah Dato seperti didakwa selama ini. Raptai penuh majlis istiadat penganugerahan pingat dan darjah kebesaran ini berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Berikut adalah beberapa keping gambar dari laman majlis raptai istiadat gelaran Dato tersebut.







tags: eizlan yusof dpt dato, gambar ac mizal gelaran datuk

Saturday

Cubaan sabotaj Burger Ramly

IPOH: Kumpulan Syarikat Ramly yang terkenal dengan produk daging burger Ramly menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hot dog keluaran syarikat itu mengandungi DNA babi berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan Kedah baru-baru ini mengenai keputusan persampelan produk franfurter lembu dengan jenama Ramly dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengesahkan ia mengandungi DNA babi.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly, Datuk Ramly Mokni berkata, ia adalah cubaan pihak tertentu mensabotaj syarikatnya.


Menurutnya, terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk syarikatnya.

“Saya, isteri dan keluarga adalah pemilik 100 peratus kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY. Sebagai Muslim, kami amat menitik berat soal hukum halal haram.


“Perniagaan kami sudah bertapak lebih 30 tahun dan semua kakitangan beragama Islam. Kami tidak akan sesekali melakukan perkara ditegah agama,” katanya. Beliau menegaskan, proses pembuatan produk syarikat diselia rapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan lain yang berkaitan bagi mengekalkan kredibiliti sebagai pembekal produk halal.


Katanya, syarikat juga mempunyai jabatan halal diketuai Mohamad Rafizie Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah Universiti Sains Islam Malaysia) dan turut menubuhkan jawatan kuasa halal dalaman dianggotai semua jabatan terbabit dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual Jakim.


Sehubungan itu, Ramly memberi amaran kepada pihak yang cuba memfitnah produk Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini.


Jabatan Kesihatan Kedah ketika diminta membuat penjelasan perkara itu mengesahkan ada mengambil sampel terhadap produk franfurter lembu jenama Ramly untuk dianalisis.


Pengarahnya, Dr Ismail Abu Taat berkata, syarikat pengeluar yang didapati melanggar peraturan akan diminta menghentikan penjualan buat sementara.

sumber:myMetro

Tags: burger ramly, dna babi, syarikat burger ramly

Kereta Mewah Fasha Dicuri Depan Salun



KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Fasha Sandha, 27, mengesahkan kereta mewah miliknya hilang dipercayai dicuri.

Kejadian itu dikatakan berlaku di tempat letak kereta berdekatan salun miliknya di Wangsa Walk, di sini, Jumaat.

"Saya akui kereta milik saya hilang dan satu laporan polis telah pun dibuat.

"Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem Penanggal di sini, Jumaat.

Ditanya dengan lebih lanjut mengenai kehilangan kereta itu, Fasha enggan memberi sebarang ulasan sebaliknya mengelak untuk menjawab soalan wartawan.

“Hanya seringkas itu sahaja saya boleh cerita,” katanya.

Difahamkan kereta mewah yang hilang itu merupakan hadiah daripada seseorang buatnya.

sumber: Mstar.com

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fasha menjelaskan dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan apabila gambarnya memakai busana pengantin tersebar di laman blog yang turut dikaitkan kononnya dia ingin berumah tangga.

"Insya-Allah jika sampai jodoh saya akan berkahwin dan apabila sudah bersedia saya akan maklumkan kepada semua. Saya tidak mahu bercakap mengenainya terlalu awal," katanya.

tags: fasha sandha, kereta fasha sandha dicuri, cerita baru fasha sandha