“Saya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan KFA mengenai perkara ini kerana tawaran yang diterima dari kelab tersebut hanya dalam bentuk lisan. “Namun segala keputusan akan dibuat sekurang-kurangnya sehari dua lagi dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak pengurusan (KFA) untuk mempertimbangkan peluang ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan mesra antara pemain skuad Sukan SEA dengan para peminat, anjuran Nike Malaysia di sini hari ini.
Anak kelahiran Sungai Petani ini yang masih mempunyai kontrak setahun lagi bersama skuad Kenari sehingga hujung tahun depan, berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah Safee Sali yang turut bermain dalam kelab yang sama yang berpangkalan di Jawa Barat.